Baru-baru ni saya dan rakan berpeluang menghadiri seminar 4 hari di KL. Banyak yang saya pelajari, terutamanya mengenai keusahawanan, kenali potensi diri dan banyak lagi. Ramai rakan-rakan baru yang saya jumpa. Cuma ada satu yang terkesan dihati saya. Tujuan saya cerita ni bukan nak memburukkan sesiapa. Begini ceritanya...
Salah seorang peserta seminar yang saya jumpa bersaiz xxl. Anggaran berat badan 120kg dengan ketinggian 160cm. Semasa berjumpa dengan kawan tersebut, kami berbincang tentang kepakaran dan perniagaan kami. Saya berkongsi maklumat tentang program yang saya dan sahabat saya sedang jalankan iaitu program 'Jom Capai Berat Badan Ideal'. Kami berkongsi tentang kelebihan dan keperluan kita menjaga badan dan mempunyai berat badan yang sesuai dengan ketinggian. Jawapan yang kami terima amat mengejutkan, "Saya tak nak kurus, biar jadi Trademark". MasyaAllah. Saya dengan kawan terdiam. Berat badan berlebihan/obesiti sangat bahaya. Berisiko pada macam-macam penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.
Perjuangan saya dan rakan-rakan hanyalah ingin menambah nilai pada yang memerlukan. Tetapi jika diri sendiri sudah meletakkan 'tembok' pada diri sendiri, tiada orang lain yang dapat membantu proses seterusnya yang boleh membawa kebahagiaan diri.
#HZJ_SSWC#
|
Isnin, 7 Oktober 2013
GEMUK SEBAGAI IMAGE @ TRADEMARK?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan